Header

Followers

Tuesday, August 18, 2015

Di Ganggu Saka

Assalamualaikum pada pembaca... di sebabkan dh janji nak cerita pasal pengalaman aku menolong seorang sahabat yang anak beliau di ganggu makhluk halus (mula2 xtahu apa benda yang menganggu last2 dpt tahu saka dari belah mertua).. Kalau ikutkan aku.. aku xkan sesekali berubat orang sebab ilmu yg aku ada xseberapa pun... tpi di sebabkan aku rasa kesian sangat pada sahabat aku ni.. sudah lah seminggu sekali dapat berjumpa isteri dan anak... bila berjumpa anak pulak meragam.. menangis setiap malam sehinggakan sahabat aku ni buntu tidak tahu buat apa... 

Selepas sahabat aku ni meluahkan apa yang di hadapi.. dan bertanya tentang gangguan yang di hadapi anaknya yang baru berusia kurang dari 1 tahun (klu xsilap umur anak dia ).... sering menangis dari start senja atau lepas isyak sehingga ke tgh mlm n pagi... sehinggakan anak sahabat aku ni letih.. sebelum tu sahabat aku ni dh berubat merata... ada yang kata... sebab selalu bawak anak keluar malam.. xtutup pulak kepala anak dgn kain atau alas.. (topi ke)... ada yg kata kena usik.. dan macam2 lagi... 


Anak Sahabat menangis dari senja kadang selepas isyak sehingga lewat malam tanpa henti


Di sebabkan kebuntuan sahabat aku ni.. aku terus ambik keputusan untuk mencuba berubat... apa yang aku buat.. setiap lepas solat sebelum abis wirik.. aku niat kan atas nama anak sahabat aku berbinti kan nama isteri sabahat aku... ( ni aku bljr dari sesorang dan kenapa perlu letak nama ibu.. yg tu nnti aku cerita kan ).... selepas selesai aku membaca 7 Al-fathihah dan membaca ayat kursi... dengan niat menjadi pedinding kepada anak sahabat aku... selepas seminggu melakukan bacaan2 tersebut... sering semasa tidur aku di ganggu dengan kelibat yang aku rasa hanya mengusik untuk aku berputus asa untuk berubat anak sahabat aku.... Tapi.. itulah cabaran dan ujian bila kita hendak berubat orang... itulah risiko nya... sambil aku membuat pedinding.. aku jugak suruh sahabat aku melakukan perkara yang sama supaya ianya lagi bagus sebab dekat dengan anaknya.. 

Kelibat samar2 semasa menolong berubatkan anak sahabat
Gambar Ehsan dari Google


Dan untuk menyelesaikan masalah tu.. aku suruh sahabat aku untuk berjumpa dengan orang yg pandai dalam bab2 ni... so bila pergi.. baru la terbongkar yang anaknya di ganggu saka dari sebelah mertua.. so itu lah punca kenapa anaknya menangis setiap malam sehinggakan serak n selak menangis... selepas dari berubat jugak.. aku demam.. mungkin sebab badan x berapa fit... so dengan gangguan yang di lakukan oleh kelibat tu... tpi nasib kelibat tu hanya menunjukan diri sebagai kelibat bukan nya rupa asal.. kalau rupa asal.. mungkin aku goyang sikit kot.. tpi demi kesian kan sahabat yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk balik menjenguk anak.. dan terpaksa mengambil cuti yang panjang... memang buatkan aku kesian klu aku hanya tahu cerita tapi tak tolong.... Alhamdulillah.. anak sahabat aku dh pulih mcm biasa dan kes saka keluarga mertuanya... memang complicated jugak.. so terserah kepada family sana apa yang perlu dorang buat.... aku hanya membantu sekadar yang mampu.... 

Gambar Ehsan dari Google
Ini lah masalah jika org tua yang mempunyai saka tidak betul2 memberitahu keluarga/anak pada zaman ini... Itu lah sebabnya kadang kala perlu kita mengetahui tentang hal2 seperti supaya kita dapat tahu serba sedikit tentang masalah saka ni... aku x la expert sangat pasal saka ni.. so kena bertanya pada yang pakar.... jangan main hentam saja.. syaitan/iblis sentiasa menyesatkan umat akhir zaman... 

1 comment:

  1. hai... salam perkenalan...sy dari johor ;)
    Nice blog & done follow..
    follow me back =)
    http://fiedan.blogspot.my/

    ReplyDelete