Header

Followers

Tuesday, August 18, 2015

Di Ganggu Saka

Assalamualaikum pada pembaca... di sebabkan dh janji nak cerita pasal pengalaman aku menolong seorang sahabat yang anak beliau di ganggu makhluk halus (mula2 xtahu apa benda yang menganggu last2 dpt tahu saka dari belah mertua).. Kalau ikutkan aku.. aku xkan sesekali berubat orang sebab ilmu yg aku ada xseberapa pun... tpi di sebabkan aku rasa kesian sangat pada sahabat aku ni.. sudah lah seminggu sekali dapat berjumpa isteri dan anak... bila berjumpa anak pulak meragam.. menangis setiap malam sehinggakan sahabat aku ni buntu tidak tahu buat apa... 

Selepas sahabat aku ni meluahkan apa yang di hadapi.. dan bertanya tentang gangguan yang di hadapi anaknya yang baru berusia kurang dari 1 tahun (klu xsilap umur anak dia ).... sering menangis dari start senja atau lepas isyak sehingga ke tgh mlm n pagi... sehinggakan anak sahabat aku ni letih.. sebelum tu sahabat aku ni dh berubat merata... ada yang kata... sebab selalu bawak anak keluar malam.. xtutup pulak kepala anak dgn kain atau alas.. (topi ke)... ada yg kata kena usik.. dan macam2 lagi... 


Anak Sahabat menangis dari senja kadang selepas isyak sehingga lewat malam tanpa henti


Di sebabkan kebuntuan sahabat aku ni.. aku terus ambik keputusan untuk mencuba berubat... apa yang aku buat.. setiap lepas solat sebelum abis wirik.. aku niat kan atas nama anak sahabat aku berbinti kan nama isteri sabahat aku... ( ni aku bljr dari sesorang dan kenapa perlu letak nama ibu.. yg tu nnti aku cerita kan ).... selepas selesai aku membaca 7 Al-fathihah dan membaca ayat kursi... dengan niat menjadi pedinding kepada anak sahabat aku... selepas seminggu melakukan bacaan2 tersebut... sering semasa tidur aku di ganggu dengan kelibat yang aku rasa hanya mengusik untuk aku berputus asa untuk berubat anak sahabat aku.... Tapi.. itulah cabaran dan ujian bila kita hendak berubat orang... itulah risiko nya... sambil aku membuat pedinding.. aku jugak suruh sahabat aku melakukan perkara yang sama supaya ianya lagi bagus sebab dekat dengan anaknya.. 

Kelibat samar2 semasa menolong berubatkan anak sahabat
Gambar Ehsan dari Google


Dan untuk menyelesaikan masalah tu.. aku suruh sahabat aku untuk berjumpa dengan orang yg pandai dalam bab2 ni... so bila pergi.. baru la terbongkar yang anaknya di ganggu saka dari sebelah mertua.. so itu lah punca kenapa anaknya menangis setiap malam sehinggakan serak n selak menangis... selepas dari berubat jugak.. aku demam.. mungkin sebab badan x berapa fit... so dengan gangguan yang di lakukan oleh kelibat tu... tpi nasib kelibat tu hanya menunjukan diri sebagai kelibat bukan nya rupa asal.. kalau rupa asal.. mungkin aku goyang sikit kot.. tpi demi kesian kan sahabat yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk balik menjenguk anak.. dan terpaksa mengambil cuti yang panjang... memang buatkan aku kesian klu aku hanya tahu cerita tapi tak tolong.... Alhamdulillah.. anak sahabat aku dh pulih mcm biasa dan kes saka keluarga mertuanya... memang complicated jugak.. so terserah kepada family sana apa yang perlu dorang buat.... aku hanya membantu sekadar yang mampu.... 

Gambar Ehsan dari Google
Ini lah masalah jika org tua yang mempunyai saka tidak betul2 memberitahu keluarga/anak pada zaman ini... Itu lah sebabnya kadang kala perlu kita mengetahui tentang hal2 seperti supaya kita dapat tahu serba sedikit tentang masalah saka ni... aku x la expert sangat pasal saka ni.. so kena bertanya pada yang pakar.... jangan main hentam saja.. syaitan/iblis sentiasa menyesatkan umat akhir zaman... 

Sunday, August 16, 2015

Ilmu xkira Ke arah Kebaikan Atau Keburukan

Assalamualaikum..... mungkin hari ni ada masa yg terluang dan rasa seperti banyak cerita yg nk aku kongsi kan... (mungkin kerajinan dan mood meningkat)... hehehehe... bukan apa.. mungkin pengalaman aku ni bila aku kongsi.. setengah org akan pikir.. mcm reka2.. dan hanyalah cerita kosong... tapi terserah kepada pembaca... aku menulis sebab aku menceritakan kepada pembaca supaya jika ada yg mengalami mungkin akan cuba apa yg aku buat jika mengalami gangguan seperti ini.. Lagipun ianya bergantung pada amalan kita... di ibaratkan seperti jika setiap hari kita mengasah pisau.. pisau yg selama ini tumpul akan menjadi tajam dan berguna jika masuk ke hutan dan dapat di gunakan pada saat kecemasan... sama lah mcm kita mengamalkan ayat Kursi... 3 Qul... dan doa2 yg lain.. apabila kerap kita membaca dan mengamal.. secara automatiknya kita akan yakin dengan amalan kita dan menjadi pendinding pada diri kita Insyallah....

Jangan la pulak kita bila terkena gangguan... kita ke bomoh2 yg menggunakan asap kemenyan.. menyeru... sampaikan mantera yg di bca terpesong dari al-quran dan hadis... ramai para perubat kaedah islam di luar sana.... Bila mana kita berdamping secara tidak sengaja atau sengaja dengan jin/iblis/syaitan.... mula2 ja yg dia membantu dan kita akan hanyut dengan bantuan makhluk durjana tersebut.. sehingga lupa yg setiap dari pertolongan dan bantuan itu dari Yang Maha Esa.... Allah s.w.t

Jika meminta sesuatu.. jangan lah meminta dari Jin/Iblis/Syaitan
Gambar dari Mr. Google

sebelum ni aku penah letak entry berkenaan Orang yang taksud dengan barang- barang pelik dan aneh di mana sangat2 percaya pada sesuatu objek.. seperti kulit2 haiwan yg kononnya pengerun... taring2 yang di mana taring babi hutan pun di anggap boleh membawa khasiat kepada si pemakai... sedangkan mcm mana kita nk meminta pertolongan daripada Allah apabila kita memakai sesuatu yang di anggap najis??... zaman serba moden dan canggih ni.. lagi menjadi2 taksub... ada yg meminta untuk di isikan khadam (makhluk yg mendamping untuk membantu memberi sesuatu kepada si pemakai ) di dalam batu cincin, parang atau keris...

taring babi hutan yg di buat rantai untuk si pemakai
Gambar dari Mr. Google
Kulit Macan/Harimau yang menjadi kegilaan org yg mahu aura penggerun.
Gambar dari Mr. Google


itulah penting ilmu.. ilmu yg kita dapat.. samada ia akan di gunakan ke arah kebaikan mahupun ke arah keburukan.... sebab tu kalau ada yg nk menuntut dari aku... aku lebih suka menyuruh mencari guru yg lebih arif... sbb bgi aku.. ilmu yg aku ada masih setahun jagung... sikit sngt... dan cuma selalu aku berpesan kepada kawan2 dan sahabat2 yg kadang berada dalam gangguan... berbykkan sedekah dan yg penting.. dekatkan diri kepada yg Maha Pencipta dan Maha Pengasih... kerana.. bila kita berubat untuk diri sendiri lagi bagus dari mencari org tolong berubat... sbb itu kena cari amalan.. amalan untuk kecemasan...

Insyallah akan di up kan pasal entry pengalaman menolong sahabat yang anak beliau di ganggu...

Permulaan Yang Baru Di bilik sewa

Assalamualaikum kepada semua follower or reader yang rasa... aku dh lama kot menyepi... hehehe.. bukan apa.. kesibukan membuatkan aku dh stop untuk menulis entry.. mungkin juga jarang2 sekarang ni hal2 yg pelik dan aneh berlaku apabila aku memBZ kan diri... mungkin perkara tu berlaku seperti sediakala.. tpi bila dh lali dengan semua tu.. jadi normal pada aku.. selagi tiada gangguan yg teruk berlaku..

Sebagai pembuka entry untuk yg sekian kali nya aku menyepi terlalu lama..

Aku nk share untuk entry kali ini pasal gangguan yg aku alami masa aku start keja di JB di bilik sewa.... masa mula2 masuk menyewa.. mybe xberada nk merasa sbb yela kan.. tempat baru.. sbb tu org kata bila berubah tempat baru.. kita kena cuci n kemas tempat yg baru kita nk duduk tu... supaya yg dh lama duduk tu tahu "dia" berteman sekarang.... Setiap dari balik kerja.. mcm biasa la.. aku pasang surah al-mulk dan aj-jin selepas asar sampai la sebelum azan maghrib.. pasang sayup2 ja... sambil biar tingkap terbuka...


Gambar Ehsan Dari mr. Google



                                         
Mungkin yg menumpang xtahan di "cuci" oleh aku masa tu... ada satu malam... lepas dari beberapa minit aku terlelap dari tidur... terus terasa seperti nak di ganggu oleh sesuatu... telinga berdesing dgn kuat.... rasa mcm angin dari kipas terhenti... mulut dengan automatik membaca 3 Qul berulang kali tapi tidak mampu untuk melaung dengan kuat... dalam samar2 tu jgk aku ternmpk kelibat perempuan merangkak menghampiri aku... masa tu memang aku rasa pengalaman yang menakutkan berulang kembali.. sbb aku tdr tanpa katil.. hanya ada tilam di bawah saja... jadi bayangkan la... benda tu merangkat tepi sebelah tilam.. apa perasaan anda?? memang rasa mcm nk lari keluar dari rumah terus... walau mcm mana pun aku sempat melaungkan azan untuk counter attack.. sbb aku terperasan gangguan tersebut ada dua makhluk.. satu berada di atas siling bilik... selepas melaungkan azan mungkin masa tu aku rasa.. tidak terkeluar.. hanya dalam hati... terus aku membaca ayat kursi sehingga habis dan menyebabkan gangguan tersebut beransur2 reda.

Gambar Ehsan Dari mr. Google

Tiada dialog semasa gangguan tersebut... sbb jadi terlalu cepat dan menakutkan... sebelum gangguan tersebut hilang.. terdengar sayu perempuan menangis di luar tingkap.. memang aku biasa tidr xtutup tingkap sbb bilik yg aku sewa di rumah bertingkat (apartment ).. so masa tu aku masih lagi terbaring dan berulang kali membaca ayat kursi sehingga aku boleh melaungkan azan bukan dari hati... dalam keadaan sepenuh sedar.. aku rasa memang peluh dingin keluar x henti... sambil mencapai handphone.. aku terus membuka lampu dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk.. selepas semuanya reda.. terus dalam keadaan yg aku rasa mcm tersentak jantung... tdr sbb esok nya kerja...

mungkin apa yg aku buat tu dh menganggu mereka yg selama ni menghuni di situ... tpi mungkin juga tu salah satunya untuk menghalang dari kita mendengar ayat2 suci al-quran... Syaitan suka klu kita terus khayal dalama hiburan...